Photobucket

Thursday, May 7, 2009

renungi..



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang
yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang
manis senyumanya? Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna
lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu
ini", sambil mengukir senyuman.



Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang
sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di
mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa neraka

No comments:

Post a Comment