Photobucket

Wednesday, July 22, 2009

erti persahabat...


Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah....

Read More......

Monday, July 20, 2009

lama x bercerita...



assalamualaikum sume..
lama sgguh x update blok ni..bkn rajin nk menulis pun..huhu..ari ni isnin,janggal lak xmasuk sek,tamat doh la praktikal mggu lpas..slama 10 mggu kat smkdsa banyak kenangan..suka,duka,pahit,manis,tawar sume der..huhu..

scara ksmpulannya,uiih banyak cabran gak jadi ckgu ni deh..ingat senang jer.huhu..tapi xpe,best gak..fkr2 gak kalu x jadi ckgu nak jd gapo lagi aku ni kan,huhu..tp apa yg penting,minat 2 mmg ada la nak jd ckgu..kite mmg suke sgt dk dalam dunia ng bdk2 sek ni..rase best jer..dalam dk mengajar,dpt layan kerenah diorang mmg best...

tapi kan,aii rasenya dunia kat sek skang lain la nak banding zaman kite dlu2..mana x nya,dak2 skang btl2 lain..ntah ler lain dri segi mane..kite dlu kalu ckgu masuk klas sunyi sepi jer,dak skang kite masuk cam smbt artis lak..huu..dak2 skang makin berani..bkn nak tuju kat mana2 sek,majoritinya sume sek cam2..i2 lah cabaran yg perlu dipikul guru..pe2 hal berkaitan pelajar,guru yg terpaksa pikul beban..wahai pelajar2,hormat la guru,fahamilah jiwa gurumu..huhuhu

ikutkan banyak cter nak coret kan,praktikal 2 bulan 2 macam2 pengalaman dapat,murid ramai nakal tp bla ingat balik mmg best..huhu..rindunya kat student nakal ni..mga korang leh kejayaan nati..

mase mula2 masuk sek,aii takutnya leh ke aku jd ckgu ni..huhu..pe yg jd takut kit coz sbb msk lam sek aliran biasa,kite dlu dri 6 tahun smpai ler abih zaman sek,dk dalam biah sek agama..dak sek agama lain kit,jahat2 pun msh da yg malu2 ala kucing 2..walaupun blakang ckgu nakal tapi dpan ckgu..uuiiih baik la..macam kucing la malu,meowww..huhu..tapi ble je langkah masuk sek biasa,adoi yeke aku msk kelas ni..leh kite msk da yg masih lari2,kejar mengejar,lompat melompat..aihh biar btl kelas ni,dalam ati ler,.. tapi xpe sabarkan ati,biase ler kan mula masuk..adoi sabo ckgu, tahan2,jangan nangis lak..da ler rase nak nangis.hehe..asyik nak nangis je ustazah ni..kan dpt cop ustazah manja lak..hehe..

ari 2 kna ajar klas rendah2 jer,form 1 p.islam n form 2 kls kkq..form 1 punya ler ramai student,45 orang..adegan kejar mengejar suh masuk klas 2 dh jadi perkara besa dh..hehe..nakal tol la ank murid ustazah ni,tp sume baik2.. mgkn jiwa sek rendah diorang 2 msh da.x abis g zaman nak main2..dalam kls kit je nakal tapi kalu ustazah lambat kit masuk 5 mnt pakat g jemput lam bilik guru,,hehe..lucu tol la dak2 kcik ni..kenangan2..emm k la len kali lak la smbg..kalu nak cter pasal pengalaman praktikal 10 ari 10 malam lum abis lagi rase..heheh...see u all

Read More......

Thursday, May 7, 2009

:)


emmm,kejapnya..dah abs dh sem ni...7 madah selesai dh exam..last ari 2 kajian teks arb..huhu,xtau la gano ni..tp lega la alhamdulullah abis gak..sblm ni teks arab la pening skmo..ament banyak,abe la jd mangsa tlg terjemah..huhu..time ksh abeku syg(bodek nak hagah)hikhik..tp arap2 result ok la..stdy pun last mnt skmo,penyakit mls xrajin xdk..huhu..ari ni ngemas2 bare la nakg praktikal lak,marin g jmpa penyelia,takut gak tanya camne dia nak mai tgk ank2 buah dia ngaja nati..observe dlm bln 6 kot,shbt2 doa la ko kite,kite xdk bakat nk jd ckgu,tktnya..huhu..

ahd ni nakg mah sewa la,x brape jauh pun ngn sek..jale kaki je kot..berkorban kit r..hehe..hjg bln 6 cuti sek..best nya leh balik kmpg..k la..camat bercuti tok sume..tok yg nak exam..stdy rajin2..mga Allah memberi petunjuk n memudahkan tok jwb exaam natii..najah fii imtihan..mis u ALL

Read More......

renungi..



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang
yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang
manis senyumanya? Orang yang mempunyai
senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna
lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu
ini", sambil mengukir senyuman.



Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang
sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di
mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa neraka

Read More......

Wednesday, May 6, 2009

cter dari sahabat...

Harimau, Buaya & Tikus

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.



Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni.

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
________________________________________

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

Read More......

Sunday, May 3, 2009

Meniti hari.....


Pejam celik,pejam celik dah 3 tahun dh dk ukm ni,,hehe..xterasa cepatnya mse berlalu..mga2 4 tahun menimba ilmu nati, dpt kucurahkan ilmu buat ank bangsa...mga2 ilmu yg dicurahkan juga menjadi bekalan untuk slamanya..mendapat redha darNya..



awl2 dtg U, rase sunyi je..hehe..yerla,jauh ngn family kan,,dapat kwn baru,kehidupan pun dh jd baru..dlu pe2 nak buat,family da..skang kna wat sdiri sume..tp dh jauh2 ni kna pandai2 la kan bwk diri..niat awl dtg nak stdy,terpaksa la walaupun rase berat je kaki nak melangkah kat sini..fkr2 lambat nya nak abis,nak bantu family..nak capai impian dhati..family kat kampung pun msti rndu kan kat kite yg dok jauh2 ni..mak ayh,abg,adk2...huhu..sdhnya kalu ingat..tp xpe,tabahkan hati,sabarlah diri..huhu..kan kite nak idup senang,tggu la ayh ibu,tggu anak2 mu bjaya,mga dapat kami membalas jasamu yg sgguh bermakna,janji dari anak-anakmu..

bermula lah time stdy,dlu kat sekolah slalu fkir lambatnya nakg U,dk U ingat lak masa sek..hehe..sume kenangan tetap segar di ingatan..teman2 lama dh bawak haluan dah..rindunya kat korang..bile ek leh kumpul cam dulu2..insyaAllah panjang umo ada kesempatan..pe yg penting mga kite sume hdp ddalam rahmatNya..AMIN..

best ke dk U??emm best la gak kan..yerla,kata nak dtg stdy,kna la best..xbest cmne nak stdy..huhu..amik bdg pendidikan ni,emm best gak..tp fkr2 leh ke aku jd ckgu,hehe..eh slap ustazah ler,,isnyaAllah doa kan lah kt berjaya ekk.mana tau doa dari shabat2 sume ni berkat..

Nak jadi pendidik ni bkn senang kan, bkn saje ajar ilmu akademik semata2,tapi kna gak usaha nak bentuk akhlak student..student cemerlang sejuk ati ckgu2..hati ibu bapa student,,ati sume la..arap2 student2 nati sume baik2..sume tau hargai ckgu2..kite pun sbb ckgu la leh sampai tahap ni..terima kasih ckgu..tok sume illmu yg dicurahkan..mga2 kalian mendapat keredhaan ddunia dan diakhirat sane...AMIN..

emm,sambung len kali lak la,ntah pe la kite tulis ni..lusa lastpaper la, nk smbg stdy ckit..hehe..mis U all..

Read More......

Friday, May 1, 2009

Langkah Tercipta...(UNIC)

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Read More......